Saturday 17 October 2015

Back Packing ke Cameron Highlands

BACKPACKING KE CAMERON HIGHLANDS



          Thanks to Nurul Fakhriah II for sharing.


Kami mula pada 30/10/2015 Jumaat . Gerak dari KL jam 130 PM menaiki bas Pahang Lin Siong dengan tambang RM22.40 . Perjalanan dalam 4 jam lebih, kami sampai dalam jam 5.45 PM . Jika anda ingin terus ke CH, anda boleh menaiki bas Uniti Ekspress atau Kurnia Bistari di terminal Pudu dengan tambang RM35 . Bas akan berhenti di terminal bas Tanah Rata yang bersih dan strategik lokasinya . smile emoticonUntuk backpacking, saya cadangkan supaya tidak membawa banyak barang dan berkasut sesuai dengan aktiviti berjalan kaki . Selipar tambahan adalah perlu . Botol air mineral juga perlu, anda boleh refill di mesin 10 sen sebelah Marry Brown berdekatan dengan terminal bas.

Sampai di Tanah Rata, hujan turun dengan lebat . Sebelum ke sana saya ada bertanya tentang cuaca di CH, dan sebagai persiapan bawalah baju hujan serta payung . Kami solat di hotel Cool Point di hadapan terminal bas . Surau di sana sangat bersih . Sampai di sana, ada akak Indian yang jaga kaunter bas akan bagi anda pamplet travelling package . Paling murah RM25 . Kami tak ambil mana ² pakej sebab bagi kami, kalau ikut travel package, masa di satu ² tempat yang kami singgah akan limited . Apepun pakej yang ditawarkan sangat menarik .
         
Jam 630PM kami gerak ke Brinchang menaiki local bus dengan tambang RM2 seorang . Local bus ke Brinchang hanya ada pada jam 630 pagi dan 630 petang . Tambang dibayar apabila anda menaiki bas, ada konduktor yang bertugas .
Di Brinchang, hujan makin lebat . Kami turun di depan Hotel Silverstar, keadaan sedikit sesak . Kami berjalan kaki mencari tapak pasar malam . Sampai di sana, adalah perlu pergi ke semua bahagian pasar malam dan bandingkan harga yang lebih murah/berbaloi. Disebabkan hujan, ada gerai yang tidak dibuka dan orang tidak terlalu ramai .
Di pasar malam, kami cuba membeli coklat dan strawberi serta sayur goreng . Harga barang/makanan bertambah, tidak pasti adakah kerana waktu tu hari minggu . Strawberi celup RM2.50/batang , sayur goreng RM5 satu bekas , ada ubi madu yang dijual dengan harga RM3 .

Strawberi celup, kalau nak makan saya cadangkan beli strawberi dalam pek dan coklat yang dijual RM5/sebekas . Coklat tu cuba tengok samada cair atau pekat . Coklat yang ada label S-corner lebih pekat . Saya ada membeli coklat homemade di Kg Taman Sedia , sedikit cair dan manis . Jika ingin membeli strawberi dalam pek, tengok samada strawberi elok atau rosak kerana ada peniaga yang campurkan strawberi elok dengan rosak . Strawberi yang terlalu masak tidak bagus sebab nanti mudah berair . Strawberi yang bersaiz besar tak semestinya manis dan elok . Ubi madu jika ingin merasa yang betul ² manis, S-corner adalah lokasinya . Dalam tu ada sister yang jual ubi madu RM3 yang manis . Jagung bakar/kukus , sebaiknya yang pendek dan kecil kerana jagung CH kecil dan pendek . Jagung CH manis walaupun dimakan tanpa dimasak .

Selesai di pasar malam, kami menelefon En Adie untuk confirmkan bilik yang dibooking dengan harga RM50/hari. Hari minggu harga bilik melambung tinggi. Jika ada bajet yang rendah, saya cadangkan menginap di KRS Pines Guesthouse atau Calla Lily Boutique . Keduanya di Tanah Rata dan berdekatan dgn Terminal bas . Kemudahannya superbasic dan bathroom di luar . Cukuplah selesa untuk tidur . Tidak perlu mahal ² kerana anda tidak gunakan aircond . Memadai dengan kemudahan water heater,tv,iron,selimut tebal . Jika datang bersama famili carilah penginapan lain yang lebih baik.

Esok pagi 31/10/2015 , kami mula berjalan kaki ke tempat yang dirancang. Jam 8.45 pagi kami turun ke Mardi seterusnya ke Robinsons waterfall . Banyakkan masa di Mardi . Jika ada pekerja , ambil peluang untuk berbual . Banyak benda baru anda boleh belajar .
Kami naik kembali, berjalan kaki menuju ke Kg Taman Sedia . Jarak dari Tanah Rata tidak jauh, memang dekat . Berjalan kaki dalam 10-15 min sahaja . Sampai di Kg Taman Sedia, sebelah kanan anda akan jumpa lorong ke Parit Waterfall . Di Kg Taman Sedia, jangan lupa untuk singgah di KHM , Taman Agro alMashoor, Opah Strawberry Farm dan banyak lagi . Semuanya terletak berhampiran. Jika ingin membeli jem strawberi saya cadangkan KHM kerana lebih sedap dan murah. Set scone RM15 bersama seteko teh juga di KHM. Aiskrim topping di Opah lebih murah dengan harga RM2 . Aiskrim batang strawberi paling murah RM1/batang tapi di YZ Agro Farm sangat sedap, dijual dengan harga RM1.50 /batang. Jangan lupa untuk singgah di semua kebun strawberi Kg Taman Sedia .
Selesai di sana kami keluar di kawasan belakang menuju ke Brinchang. Melalui padang golf, jarak berjalan kaki ke Brinchang lebih kurang 30 min.

Kami tiba di bandar Brinchang dan hujan turun dengan lebat . Bila hujan sedikit reda, kami menuju ke Big Red Strawberi Farm. Orang sangat ramai di kaunter foodcourt. Petik strawberi sendiri disini adalah half 1/2kg RM25 . Kami hanya singgah dan turun balik . Meneruskan perjalanan ke multicrops central market . Cactus disini dijual dengan harga RM2/satu dan 6 cactus RM10. Jika di Cactus Point, harga 6 cactus adalah RM11 . Bagi saya cactus di multicrops lebih cantik dan murah . Di Cactus Valley juga ada cuma kami tidak masuk kerana perlu entrance fee RM5.

Kami menuju ke S-corner dan berehat . Makan ubi madu RM3 yang manis dan lembut . Traffic jam di S-corner bermula petang . Kami naik ke atas untuk ke Kea Farm. Di atas S-corner terdapat Cactus Point. Tiada entrance fee dikenakan .

Perjalanan diteruskan . Sekitar 15 min kami sampai di Kea Farm. Jalan sesak . Pada awalnya confuse adakah kami sudah sampai di Kea Farm, kerana gerai ² tidak seperti di dalam Google . Rupanya ada tangga menuju ke atas . Suasana pasar di Kea Farm memang meriah. Kami berada di Kea Farm selama sejam .

Jika ingin membeli strawberi murah, kea farm adalah tempat sesuai . Jam 530 PM akan amoi yang lelong strawberi sebekas biru/kuning dengan harga RM25 . Sekali lagi kalau nak beli tengok betul ² strawberi samada elok / rosak . Amoi tu pandai berniaga, anda perlu ulang alik ke gerainya kerana dia akan letakkan bekas strawberi yang lain lagi . Buat pilihan yang betul jika nak beli . Ubi madu juga ada dijual dengan harga RM10 2 kg .
Selepas Kea Farm , kami ke Raju Hills. Dried strawberry di Raju Hills memang highly recommended . Satu bekas kecil RM10 dan bekas besar RM20 . Tidak digalakkan membeli dried strawberry di gerai tepi jalan kerana ada dried strawberry yang dibuat dengan gula sahaja . Di Raju Hills dried strawberry dibuat bersama madu .
Kami gerak balik pada jam 5 lebih . Berjalan kaki turun melintasi traffic jam . Jam 6 kami tiba di Brinchang dan solat di masjid Brinchang . Kami berjalan kaki balik menggunakan laluan sama .

Esok pagi Ahad 1/11/2015 kami balik ke KL jam 2 petang menaiki bas yang sama . Sekitar 630PM kami tiba di KL . Jangan risau, tiket balik tidak habis . Jangan tergesa beli tiket balik smile emoticonPengalaman di CH memang bermakna . Jika ditanya rugi atau tidak untuk melawat CH pada hari biasa , jawapan saya tidak rugi . Rancang trip dengan baik dan tidak perlu berlebihan dalam membeli . Beli apa yang istimewa di sana sahaja . Sayur lebih murah di Tesco dan buahan seperti limau atau jambu berperisa tak rugi jika tidak dibeli.
Selesai perkongsian budget trip ke CH .